Posts

Showing posts from December, 2017

Hidup CIKGU Azizan!

Image
Kes Cikgu Azizan telah menjadi detik penting dalam sejarah pendidikan negara. Mereka telah lama kehilangan 'payung' dan kuasa. Kebersamaan yang telah dizahirkan oleh pelbagai pihak telah mengembalikan semangat mereka untuk terus mendidik dengan lebih komited. Walaubagaimanapun, setiap kuasa yang diberikan harus ada sempadannya. Saya yakin hanya guru yang mengalami 'mental disorder' mengambil tindakan luar batasan sepatutnya. Guru- guru yang pernah terlibat dengan kes- kes bertindak luar batasan ini hanya sebilangan kecil. Mereka harus di pantau dan diwajibkan menjalani terapi pemulihan. Ibu bapa harus dilibatkan secara lebih aktif dalam perbincangan bersama pihak sekolah. Saluran perundangan harus menjadi pilihan terakhir sekiranya perlu. Semoga semangat maaf memaafkan, saling percaya dan saling memberi sokongan antara semua pihak dapat melahirkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif di negara kita. ******** The Cikgu Azizan's case has...

5S for HOME: Pembudayaan Amalan 5S Bermula Dari Rumah! SERONOK DER!

Image
Orang Jepun pasti tergelak bila dapat tahu kita baru nak mula amalkan budaya 5S dalam kehidupan seharian. Kerana amalan ini sudahpun menjadi budaya dan mendarah daging dalam jiwa warga negara mereka sejak sekian lama. Pengasas 5S, M. Nakatshugawa telah memperkenalkan konsep ini lebih 60 tahun yang lepas. Tetapi, bak kata orang putih 'better late than never', maka nilai- nilai baik yang ada dalam budaya 5s ini masih boleh diamalkan. Walaupun ia berasal dari negara matahari terbit, ia tetap menjadi 'kebijaksanaan milik umat Islam yang tercicir'. Ia harus dikutip semula. 5S bukan soal amalan tetapi lebih dari itu ia harus menjadi budaya. Budaya adalah suatu yang menjadi nilai dalam diri, dibanggai, dijaga dengan baik dan diwarisi sebagai pusaka kepada generasi mendatang. Perjalanan untuk membentuk budaya mengambil masa yang panjang. Bukan mudah untuk mengubah paradigma manusia. Ia bermula dengan merubah cara berikir. Masyarakat harus yakin bahawa 5S mampu membantu...

Ke Arah Penubuhan Kor Agama Bomba (KABOM)

Image
Usaha Islamisasi jabatan- jabatan kerajaan di negara ini telah berjalan dengan cemerlang sekali. Angkatan Tentera dengan KAGAT, Polis dengan BAKA dan suatu masa nanti, insyaAllah Jabatan Bomba juga akan mengorak langkah untuk menubuhkan unit khas yang diberi nama Kor Agama Bomba atau singkatannya KABOM. Di samping menjalankan tugas- tugas hakiki sebagai Bomba, mereka bertanggungjawab melaksanakan fungsi- fungsi sebagaimana berikut; Merancang dan melaksanakan agenda memperkasakan penghayatan Islam di kalangan warga JBPM Memberi sokongan kepada operasi penyelamatan yang melibatkan unsur- unsur mistik Mengurus dan mengetuai acara- acara keagamaan anjuran Jabatan Terlibat dalam menjayakan majlis- majlis rasmi Jabatan sebagai pembaca doa yang terlatih Mengatur urus upacara kematian mengikut istiadat rasmi Jabatan Bertanggungjawab terhadap aset- aset alih dan tak alih berkait kegamaan di dalam Jabatan Mencungkil dan mengetengahkan bakat- bakat baru dalam bidang keagamaan s...

3 Punca 'Orang Kita' Malas Mencatat Aktiviti Harian TERBONGKAR!

Image
Abam memang cemburu bila tengok buku catatan harian Puan Zahiha, suatu inisiatif yang telah dimulakan sejak 5 tahun yang lalu memang sangat mengujakan dan menarik untuk dicontohi oleh semua orang. Lengkap, personal dan sangat membantu. Ia umpama diari rasmi tempat diabadikan setiap detik perjalanan kerjaya harian. 1 tahun 1 buku! Abam bukan tak pernah buat catatan sebegitu, tapi ia 'hangat- hangat tahi ayam' sahaja. Masa bersemangat, semua maklumat dicatat rapi, di susun elok. Tapi esoknya catatan entah ke mana. Antara puncanya adalah; 1) Aktiviti harian yang tidak tersusun dan telus. Apabila dimuhasabah balik, hampir separuh dari 8 Jam waktu bekerja, kebanyakan kita banyak habiskan masa dengan perkara- perkara diluar bidang tugas hakiki. Sepatutnya, setiap pagi, sebelum mulakan tugas, senarai tugas yang nak dibuat sepanjang hari harus di lengkapkan terlebih dahulu. Bila banyak 'tuang' dalam masa sehari, maka apa yang nak ditulis? 2) Buku catatan yang banyak...