3 Punca 'Orang Kita' Malas Mencatat Aktiviti Harian TERBONGKAR!


Abam memang cemburu bila tengok buku catatan harian Puan Zahiha, suatu inisiatif yang telah dimulakan sejak 5 tahun yang lalu memang sangat mengujakan dan menarik untuk dicontohi oleh semua orang. Lengkap, personal dan sangat membantu. Ia umpama diari rasmi tempat diabadikan setiap detik perjalanan kerjaya harian. 1 tahun 1 buku!

Abam bukan tak pernah buat catatan sebegitu, tapi ia 'hangat- hangat tahi ayam' sahaja. Masa bersemangat, semua maklumat dicatat rapi, di susun elok. Tapi esoknya catatan entah ke mana. Antara puncanya adalah;

1) Aktiviti harian yang tidak tersusun dan telus. Apabila dimuhasabah balik, hampir separuh dari 8 Jam waktu bekerja, kebanyakan kita banyak habiskan masa dengan perkara- perkara diluar bidang tugas hakiki.

Sepatutnya, setiap pagi, sebelum mulakan tugas, senarai tugas yang nak dibuat sepanjang hari harus di lengkapkan terlebih dahulu. Bila banyak 'tuang' dalam masa sehari, maka apa yang nak ditulis?

2) Buku catatan yang banyak dan bertukar- tukar. Setiap kali menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel mahupun aktiviti- aktiviti, buku catatan yang paling mudah dicapai itulah yang akan abam bawa.

Akibatnya, catatan nota yang ditulis berada di dalam banyak buku yang berbeza dan tidak berkesinambungan. Nasib baik ada aplikasi Facebook dan Whatsapp menjadi diari bergambar untuk dirujuk kembali apabila diperlukan.

3) Tiada kesedaran kepentingan mencatat setiap pergerakan dan penglibatan dalam aktiviti. Tuan Johari Haji Ahmad, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan pernah berpesan secara peribadi kepada abam, "Setiap kali pergi ke mana- mana atau hadir ke apa- apa aktiviti, pastikan awak catat dalam buku log. Sebab ia akan 'defend' awak bila ada sesuatu dakwaan dan pertuduhan."

Nak siapkan LNPT pun senang, siap dengan lampiran aktiviti setahun. Lebih penting daripada itu adalah, catatan aktiviti kita menjadi data penting membuktikan dan menyokong tahap kompetensi kita dalam sesuatu bidang.

-----------

Benarlah kata seorang sifu abam, 'story telling' kisah hidup kita adalah komoditi yang sangat bernilai. Setiap peristiwa yang kita lalui adalah penting dan sarat dengan ilmu dan pengajaran. Ia sangat bernilai untuk dicatat dan dikongsikan dengan orang yang tidak mengalaminya.

Pengalaman itu boleh membantu orang lain untuk tidak melakukan ' try and error' yang banyak dalam hidup, dan merugikan banyak masa dan modal. Oleh itu, catatlah, tulislah dan kongsilah apa yang anda lalui dalam hidup untuk diwariskan kepada generasi mendatang. --Tamat--

......................................................
TARIKH: 6 DISEMBER 2017
MASA: 9.00- 12.00 AM
TEMPAT: BILIK CENDERAWASIH
AKTIVITI: BENGKEL FAIL MEJA PEGAWAI ABPMWT
PENGENDALI: EN. ZUKI BIN ARIFIN (KETUA CAWANGAN PENGURUSAN)
----------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

5S for HOME: Pembudayaan Amalan 5S Bermula Dari Rumah! SERONOK DER!

Tragedi ITTIFAQIYAH; Hikmah Buat Umah!

6K Punca Kebakaran Kenderaan