Ke Arah Penubuhan Kor Agama Bomba (KABOM)
Di samping menjalankan tugas- tugas hakiki sebagai Bomba, mereka bertanggungjawab melaksanakan fungsi- fungsi sebagaimana berikut;
- Merancang dan melaksanakan agenda memperkasakan penghayatan Islam di kalangan warga JBPM
- Memberi sokongan kepada operasi penyelamatan yang melibatkan unsur- unsur mistik
- Mengurus dan mengetuai acara- acara keagamaan anjuran Jabatan
- Terlibat dalam menjayakan majlis- majlis rasmi Jabatan sebagai pembaca doa yang terlatih
- Mengatur urus upacara kematian mengikut istiadat rasmi Jabatan
- Bertanggungjawab terhadap aset- aset alih dan tak alih berkait kegamaan di dalam Jabatan
- Mencungkil dan mengetengahkan bakat- bakat baru dalam bidang keagamaan seperti tilawah Al-Quran, nasyid, pemidato dan sebagainya untuk mewakili Jabatan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Proses penubuhan ini selaras dengan hasrat YAS Dato' Sri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memastikan tanggungjawab menyebar dan memperkasakan Islam dapat dilaksanakan di kalangan warga JBPM khususnya dan masyarakat amnya.
Untuk itu JBPM melalui Akademi- akademi Bomba akan membuat tapisan, penilaian dan pemilihan di kalangan pelatih samaada daripada gred 19, 29 mahupun 41. Prioriti pemilihan adalah berdasarkan latar belakang pendidikan agama, kecenderungan dan bakat serta kebolehan dalam aspek kegamaan.
Pegawai- pegawai yang di pilih akan di 'grooming' melalui kursus- kursus dan persijilan yang membolehkan mereka mendapat tauliah dan pengiktirafan dari badan- badan agama bagi memastikan kemurnian ilmu, fikrah dan akidah.
Mereka juga harus mengikuti kursus- kursus yang berkaitan perubatan Islam bagi mempersiapkan diri mengendalikan kes- kes operasi yang melibatkan unsur- unsur mistik.
Hasrat mewujudkan Kor Agama ini bukanlah bertujuan melahirkan alim ulamak di dalam Jabatan, namun, untuk melahirkan anggota dan pegawai yang berktrampilan, berakhlak tinggi, dan mampu memberikan perkhidmatan yang melangkaui espektasi masyarakat dan 'stake holder'.
Semoga impian ini akan terlaksana jua suatu hari nanti insyaAllah. --tamat--
kalu sungguh..gak...bubuh nama kwe ime...jadi tok siak xpo doh...sekuangnyo ado jawapan nok jawab depan Allah seksok...
ReplyDelete