'BACKDRAFT' Punca Letupan Cederakan BOMBA
Abam ucapkan takziah dan mendoakan agar anggota yang cedera segera sembuh. Keluarga besar Bomba, serta masyarakat awam umumnya turut mendoakan keselamatan seluruh anggota penyelamat dalam menjalankan tugas yang penuh risiko dan cabaran.
Di sebalik setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah dan pelajaran yang boleh kita renungkan. Meskipun kejadian letupan seumpama ini sudah menjadi asam garam dalam kerja Bomba, namun ia menjadi tanda tanya dikalangan masyarakat apa yang menyebabkan berlakunya letupan yang nyaris2 meragut nyawa anggota penyelamat kita.
Secara ilmiahnya, fenomena letupan tersebut disebut sebagai 'backdraft'. Bila disebut letupan sudah tentulah berlakunya tekanan tinggi secara tiba2 dalam ruang yang tertutup. Bagaimana tekanan tinggi tersebut tiba2 muncul? Saya cuba berkongsi dengan pembaca dalam bahasa yang paling mudah.
1# SILO
Kebanyakan kilang kayu mempunyai silo. Silo berfungsi memerangkap habuk kayu untuk mengelakkan pencemaran udara dan pada masa yang sama habuk kayu yang terkumpul akan disedut semula dan disalurkan menjadi bahan bakar boiler di dalam kilang.
Sungguhpun habuk halus yang terkumpul di dalam silo sangat mudah terbakar, sistem pepasangan keselamatan yang terdiri daripada termostat (pengesan haba) dan pancur air yang telah dipasang di dalam silo akan memadam kebakaran dari dalam secara automatik.
Namun, dalam keadaan yang tertentu sistem keselamatan kebakaran ini gagal berfungsi. Akibatnya berlakulah kebakaran di dalam silo.
2#BACKDRAFT
Kebakaran habuk kayu halus di dalam silo agak 'special'. Kerana ia berlaku dalam keadaan bekalan oksigen yang terhad. Sebagaimana kita tahu, kebakaran akan berlaku dengan sempurna bila terdapat 3 perkara. Bahan bakar, Oksigen dan Haba. Kekurangan salah satu daripada 3 perkara ini akan menyebabkan pembakaran berlaku secara tidak sempurna atau separa terbakar.
Ia boleh dikesan apabila asap berwarna kuning keperangan di lihat keluar dari tempat kebakaran melalui celah2 atau lubang. Semakin pekat warna asap itu menunjukkan banyak habuk panas yang separa terbakar. Habuk- habuk ini hanya menunggu adanya oksigen untuk terbakar dengan cepatnya.
Di bahagian atas silo terdapat sebuah tingkap atau pintu kecil untuk akses penyelenggaraan. Dari situlah anggota bomba boleh memasukkan air untuk memadam api memandangkan kebakaran berlaku di bahagian dalam silo.
Back draft adalah fenomena letupan akibat tekanan tinggi apabila kebakaran berlaku secara tiba- tiba di dalam suatu ruang tertutup apabila bekalan oksigen dibekalkan secara tiba2.
Di dalam kes ini, 2 anggota pemadam sedang bersedia di hadapan tingkap akses silo untuk membuat kerja- kerja pemadaman. Apabila tingkap akses di buka, terdengar seakan ribut kecil berlaku. Udara dari luar menerjah masuk ke dalam silo. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, habuk panas yang kelaparan oksigen, terbakar dengan sepantas kilat dan mencetuskan letupan yang besar.
Selain daripada backdraft yang berlaku pada silo, terdapat kemungkinan yang lain yang menyumbang kepada kebakaran dan letupan iaitu kebakaran Resin Formaldehyde atau Urea Formaldehyde yang merupakan bahan penting dalam industri perabut dan papan lapis.Walaubagaimana pun kajian yang lebih mendalam harus dilakukan bagi menentukan punca sebenar yang muktamad.
Namun begitu, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua- dua anggota bomba dan seluruh pasukan yang terlibat harus dibanggakan dan di beri penghargaan. Akhir kata, abam menyeru seluruh masyarakat untuk terus menyokong pasukan Bomba kerana sokongan anda adalah kekuatan kami. --tamat--
Namun begitu, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua- dua anggota bomba dan seluruh pasukan yang terlibat harus dibanggakan dan di beri penghargaan. Akhir kata, abam menyeru seluruh masyarakat untuk terus menyokong pasukan Bomba kerana sokongan anda adalah kekuatan kami. --tamat--
"ONLY THE BRAVE!"
#abambomba
Penafian:
Tulisan ini tidak mewakili mana-mana jabatan atau mana- mana pihak yang berkepentingan. Ia adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengamatan dan ilmu penulis.
Comments
Post a Comment