Hampir Gilis Mangsa Kemalangan! PENGAKUAN Jujur Abambomba
Menjadi seorang bomba memang mengujakan. Semangat yang berkobar- kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung2 lagi. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang superman yang dinanti2 kemunculannya sebagai wira penyelamat.
Hampir setahun menjalani latihan rekrut di akademi bomba, pelbagai modul, doktrin, fizikal dan mental 'torture' kami lalui demi menukar mentaliti seorang awam kepada mentaliti seorang penyelamat. Kerja- kerja menukar mentaliti ini umpama menempa besi baja menjadi pedang Damascus. Berpuluh kali bakar, beratus kali tempa, beribu kali canai.
Akhirnya, abam berjaya lalui proses mencabar ini dengan jayanya. Kini tibalah masanya untuk terjun di medan sebenar. Abam di 'posting' kan ke Negeri Sembilan darul Khusus. Negeri beradat, Hobing Jang Hobing. Wow, 'masuk suku' la abam nampaknya. Rugi oii..
Oleh kerana barang2 abam dah dihantar awal2 ke Negeri Sembilan, hari lapor diri abam hanya menunggang motor LC 135 melalui Lebuhraya Utara Selatan. Abam menunggang seorang diri di bawah terik matahari zohor. Berpinar2 mata abam menahan bahang tar lebuhraya PLUS yang membakar. Namun, keterujaan nak lapor diri membuat abam terhipnosis.
Dalam abam duk berangan dalam kebosanan perjalanan yang panjang, tangan kanan memulas 'trotle' dagu di 'landing' di atas papan meter. Mata terpaku memerhati garisan jalan. Jarum meter menunjuk angka 120km/jam. Kelajuan maksimum motor LC dengan 'cut off'. Sakit pinggang, lenguh bontot. Boom! tiba2 abam nampak serpihan bumper kereta melayang melintasi 'divider' lebuh raya.
Kaki abam terus mancari 'pedal' brek. Tangan tegak mengawal 'handle'. Bedebuk! Bedebuk! jatuh dua orang perempuan tergolek 3 meter betul- betul di depan laluan tayar motor abam. Dengan pantas abam menghunjam brek kecemasan. Motor abam nyaris menggelek badan salah seorang wanita yang terbang dari seberang lebuhraya.
Mengucap panjang abam. Dalam keadaan terkejut, teruja dan panik abam hampir terlupa yang abam seorang Bomba. Tiba2 semangat abam meluap2 naik. Ya, inilah masanya aku nak praktik ilmu kebombaan. Abam 'parking motor ditempat selamat, perkara pertama abam buat adalah mengawal lalu lintas. Nasib baiklah aliran trafik ketika itu agak lengang.
Sambil memerhati lalu lintas, abam terus membuat panggilan ke 999. "Err Assalamualaikum, Saya Penguasa Bomba Zulkifli... Cheewah!! Kembang kempis hidung abam masa tu. First time jadi bomba la katakan. " Ada kemalangan berhampiran susur keluar ke Pontian, ada 2 mangsa parah ni, mintak hantar ambulan segera ye!". "Arah utara ke arah selatan cik?" soal operator MERS. "Err.. kemalangan di arah selatan. Tapi ada 2 mangsa tercampak di seberang sini."
Di seberang sana, abam dapat lihat sebuah MPV melintang jalan dan sebuah kereta sedan terlentang di dalam longkang. Entah apalah nasib mereka. Sesekali abam menjeling pada 2 orang mangsa yang terbaring depan abam. Seorang daripadanya dah tak bergerak, sorang lagi tengah menggelupur menahan kesakitan. "Kaki saya, kaki saya!" Tapak kakinya terbelah, darah merah membasahi garisan putih.
Sebuah SUV Volvo XC90 berhenti. Dua lelaki cina separuh umur datang mendekat. "Saya doktor, biar saya periksa" ujar beliau memperkenalkan diri. Lepas memeriksa nadi, lelaki itu minta saya tutupkan badan dengan kain tudung. Dah takde katanya perlahan. Innalillah. Apa yang mengujakan abam, walaupun tercampak dalam kelajuan yang tinggi dalam jarak yang jauh, beg tangannya tetap terkepit di lengan. Kagum betul abam dengan orang perempuan.
"Kaki awak ok! luka sikit je, awak tak apa2." pujuk lelaki tu. Abam nampak wanita itu, beransur tenang. Pandai doktor ni! fikir abam. The Power of words! dengan kata2 pun boleh membius orang hilang rasa sakit. Padahal abam lihat, lukanya hampir membelah tapak kaki. Salute!
Makin ramai orang berhenti, di kedua2 arah. Orang Malaysia memang prihatin. Ada yang datang memberi semangat. Ada yang mengawal lalu lintas. Ada pula yang sibuk mengambil gambar. Yang membantu abam ucapkan tahniah dan terima kasih. Yang membantutkan ni yang abam rimas.
Setelah bantuan ambulan sampai, mangsa distabilkan dan diangkut ke atas 'streacher' dan dibawa ke ambulan abam berasa sungguh lega. Polis melambai2 mengarahkan kenderaan mempercepatkan pergerakan. Abam pun perlu bergerak segera. Biarlah pegawai bertugas sempurnakan tugas mereka.
Abam meneruskan perjalanan yang masih jauh sambil mengurut dada. Badan tegak, tangan lurus, mata cerah seterang mentari pukul 2 petang. Tiada lagi kebosanan. Belum pun lapor diri, dah dapat tugas. Hihi. Biarlah ia menjadi pengalaman berharga, pencetus semangat sepanjang perjalanan kerjaya yang baru nak bermula.
"GURU PASTI MAUT KEMALANGAN", tajuk kecil keratan akhbar pada keesokan pagi. Al-fatihah buat yang pergi. Takziah abam ucapkan buat keluarga yang di tinggalkan. --Tamat--

Comments
Post a Comment