EMAS: Nak Simpan @ Labur?


Siapa yang ada emas dia adalah orang kaya. Itulah stigma yang telah melekat dalam minda semua orang. Emas adalah lambang kekayaan sebenar. Ini kerana Emas mempunyai beberapa ciri yang istimewa berbanding wang Fiat. Antaranya, emas kalis inflasi.

Bukan emas naik harga tetapi wang Fiat yang jatuh nilainya. Sebab itulah, nak beli 1 gram emas hari ini kita perlu keluarkan lebih banyak wang Fiat berbanding 10 tahun lepas. Buktinya, bukan sahaja nak beli emas, barang2 lain pun dah berbeza harganya berbanding dulu.

Jadi, kenapa masih nak simpan duit Fiat banyak2 dalam bank? kalau dah tahu, ia merugikan. Selamatkan kekayaan anda dengan menyimpan emas. Namun, timbul persoalan. Bila ada beza harga, nampaknya ada keuntungan di situ. Jadi, emas bukan sahaja boleh dijadikan simpanan bahkan juga boleh dijadikan sebagai pelaburan.

Manusia dan keuntungan memang tak boleh dipisahkan. Jadi ramai yang memilih untuk melabur emas berbanding menyimpan emas. Ada perbezaan yang ketara dalam melabur dan menyimpan.

Objektif melabur emas ialah untuk meningkatkan jumlah pendapatan. Manakala menyimpan emas pula untuk meningkatkan jumlah emas dalam pegangan. Bagaimana pula dengan berniaga emas? Bila melibatkan jual, beli dan untung, rugi maka ia termasuk di dalam pelaburan juga. Cuma kaedah dan strateginya mungkin berbeza dan kadar keuntungannya juga pasti berbeza.

Cuma pada pandangan abam, berniaga emas paling menguntungkan. Kenapa? kerana kita yang menentukan berapa keuntungan semasa membeli dan menjual emas. Syaratnya, perlu ada persetujuan di antara 2 pihak.

Kalau emas dalam pegangan tak laku, atau kedai emas terpaksa ditutup dalam jangka masa yang panjang sekalipun, stok emas yang dipegang akan menjadi simpanan yang menguntungkan. Namun, hukum hakam berkaitan emas wajib dipelajari kerana transaksi berkaitan emas ini agak sensitif dan diberi perhatian serius oleh Agama.

Di mana nak bermula? ada 2 cara, pertama: Mula menukarkan simpanan jangkamasa panjang kita kepada emas. Tinggalkan sedikit sahaja dalam bentuk simpanan tunai untuk tujuan kecemasan. Walaubagaimanapun, emas adalah aset yang paling mudah dicairkan. Di mana- mana sahaja ada pembeli yang sedia membeli emas anda.

Kedua: asingkan pendapatan anda mengikut perancangan yang anda persetujui mengikut kemampuan anda untuk konsisten menyimpan emas. Biar sedikit, asalkan kita bermula. Bak kata orang putih, 'going slowly is better than standing still'.

Seterusnya, tambah ilmu berkaitan emas. hadirlah seminar emas, kelas- kelas percuma, membaca buku- buku berkaitan emas dan bergaullah dengan penyimpan- penyimpan, pelabur- pelabur dan peniaga emas. InsyaAllah dengan menukarkan 'logistik' anda, bakal merubah paradigma anda seribu langkah ke hadapan.

Kesimpulannya, berdamping dengan emas pasti membuat anda lebih bersinar. Fokuskan hanya kepada emas fizikal kerana ia lebih selamat dan meyakinkan. Paling selamat, pilihlah syarikat emas yang ada sijil patuh syariah kerana ia membuatkan tidur anda lebih lena. Abam doakan anda diberi kelimpahan rezeki dan menjadi seorang penyimpan emas tegar suatu hari nanti. Amin. --tamat--


#AuthorisedDealer
#PublicGold
#PG023431

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5S for HOME: Pembudayaan Amalan 5S Bermula Dari Rumah! SERONOK DER!

Tragedi ITTIFAQIYAH; Hikmah Buat Umah!

6K Punca Kebakaran Kenderaan