Petunjuk RASULULLAH Bat Si 'PJJ'
Di suatu malam nisfu syaaban, Rasulullah sebagaimana malam2 nisfu syaaban tahun2 sudah, baginda beriktikaf menghabiskan malam penuh kebaikan itu dengan beribadah kepada Allah di masjid.
Tiba2 baginda teringat bahawa malam itu giliran bermalam di rumah Aisyah radhiallahu anha. Lalu baginda bingkas bangun meluru balik ke rumah Aishah atas 2 tujuan;
Pertamanya, untuk memberitahu Aishah bahawa malam ini malam nisfu syaaban yang penuh keberkatan. Kedua, baginda mahu meminta izin daripada Aishah untuk berqiyamullail di masjid.
Sesampainya baginda di rumah, kelihatannya lampu minyak telah dipadamkan. Lalu baginda menguak daun pintu perlahan2 seraya masuk ke kamar Aishah.
Begitulah prihatin baginda agar istirahat isterinya tidak terganggu. Lazimnya apabila baginda pulang waktu malam dan rumah masih terang, baginda akan memberi salam dengan lembut.
Andai lampu minyak zaitun telah dipadamkan, dan pintu diselak baginda akan tidur sahaja di depan pintu. Tapi malam ini pintu tak diselak Aishah. Bahkan beliau pun belum tidur sebenarnya.
Lalu Rasulullah membuka gamisnya dan merebahkan badan perlahan2 di samping Aisyah kerana disangkanya Aisyah telah tidur. Aisyah dapat merasa kulit Rasululullah terkena badannya, lalu beliau mengalihkan sedikit badannya memberi ruang yang selesa kepada Rasulullah untuk tidur.
Menyedari yang Aisyah telah sedar, lalu Rasulullah terus bertanya Aisyah, samaada beliau meredhai dan mengizinkan baginda untuk bermalam di masjid berqiyamullail, kerana malam nisfu syaaban adalah malam yang teristimewa bagi yang mengetahui fadhilatnya.
Lantas dengan penuh kelembutan, Aisyah merelakan Rasulullah samaada untuk bermalam dirumah mahupun di masjid. Walaupun giliran malam itu haknya, namun, beliau amat memahami bahawa isteri yang meredhai suaminya beribadah, maka pahala ibadah suaminya juga pahalanya.
Apabila kisah ini disampaikan oleh Datuk Seri Abu Hasan Din al-Hafiz kepada kami, dalam menjawab pertanyaan berkaitan isu suami yang meninggalkan isteri untuk keluar berdakwah tanpa menunaikan hak2 isteri. Ia juga seolah2 tamparan buat saya yang memilih untuk berjauhan dengan isteri atas alasan bekerja.
Sedangkan Rasulullah pun tahu, ibadahnya sepanjang malam tak akan diterima Allah seandainya di rumah ada isteri sedang ternanti2 menuntut haknya untuk disempurnakan. Apatah lagi kita yang keluar bekerja berminggu2, berbulan2 bahkan bertahun2 tanpa bertanya apakah isterinya meredhai pengabaian hak2nya?
Comments
Post a Comment