EMAS: Nak Simpan @ Labur?

S iapa yang ada emas dia adalah orang kaya. Itulah stigma yang telah melekat dalam minda semua orang. Emas adalah lambang kekayaan sebenar. Ini kerana Emas mempunyai beberapa ciri yang istimewa berbanding wang Fiat. Antaranya, emas kalis inflasi. Bukan emas naik harga tetapi wang Fiat yang jatuh nilainya. Sebab itulah, nak beli 1 gram emas hari ini kita perlu keluarkan lebih banyak wang Fiat berbanding 10 tahun lepas. Buktinya, bukan sahaja nak beli emas, barang2 lain pun dah berbeza harganya berbanding dulu. Jadi, kenapa masih nak simpan duit Fiat banyak2 dalam bank? kalau dah tahu, ia merugikan. Selamatkan kekayaan anda dengan menyimpan emas. Namun, timbul persoalan. Bila ada beza harga, nampaknya ada keuntungan di situ. Jadi, emas bukan sahaja boleh dijadikan simpanan bahkan juga boleh dijadikan sebagai pelaburan. Manusia dan keuntungan memang tak boleh dipisahkan. Jadi ramai yang memilih untuk melabur emas berbanding menyimpan emas. Ada perbezaan yang ketara dalam melabur ...