Hidup CIKGU Azizan!

Kes Cikgu Azizan telah menjadi detik penting dalam sejarah pendidikan negara. Mereka telah lama kehilangan 'payung' dan kuasa. Kebersamaan yang telah dizahirkan oleh pelbagai pihak telah mengembalikan semangat mereka untuk terus mendidik dengan lebih komited. Walaubagaimanapun, setiap kuasa yang diberikan harus ada sempadannya. Saya yakin hanya guru yang mengalami 'mental disorder' mengambil tindakan luar batasan sepatutnya. Guru- guru yang pernah terlibat dengan kes- kes bertindak luar batasan ini hanya sebilangan kecil. Mereka harus di pantau dan diwajibkan menjalani terapi pemulihan. Ibu bapa harus dilibatkan secara lebih aktif dalam perbincangan bersama pihak sekolah. Saluran perundangan harus menjadi pilihan terakhir sekiranya perlu. Semoga semangat maaf memaafkan, saling percaya dan saling memberi sokongan antara semua pihak dapat melahirkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif di negara kita. ******** The Cikgu Azizan's case has...